Sesi Live Program Bicara Santai Klik Dengan Bijak Iaitu Cybergrooming, Penipuan Kewangan Dan Panggilan Palsu Pusat Ekonomi Digital Komuniti Bau
9 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 08 November 2020 (Ahad), telah diadakan Program bicara santai Klik Dengan Bijak iaitu Cybergrooming, Penipuan Kewangan Dan Panggilan Palsu oleh Pusat Ekonomi Digital Komuniti Daerah Bau secara Live bersama-sama dengan pengguna Pusat Ekonomi Digital Komuniti Daerah Bau yang merangkumi Pusat Ekonomi Digital Komunit Skio,Pusat Ekonomi Digital Komuniti Krokong,Pusat Ekonomi Digital Komuniti Bogag,Pusat Ekonomi Digital Komuniti Sibuluh, Pusat Ekonomi Digital Komuniti Serasot dan juga Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Bowang. Program bicara santai Klik Dengan Bijak dianjurkan melalui aplikasi Live StreamYard. Taklimat ini telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula daripada pukul 2:30pm sehingga 3:30pm.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendidikan terhadap pengguna internet agar sentiasa berhati-hati dengan proses membina hubungan emosional dengan mangsa, untuk mendapatkan kepercayaan mereka untuk eksploitasi dan penderaan masa depan.Selain itu,bagi menerangkan langkah-langkah dan kesedaran yang perlu diambil agar tidak menjadi mangsa Grooming Siber,Penipuan Kewangan dan Panggilan Palsu ini.Taklimat ini meliputi Cybergrooming, Penipuan Kewangan Dan Panggilan Palsu dan turut diadakan sesi soal jawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: